Hati terluka !
Kasih Dan Sayang Insan
Wednesday, March 08, 2006
Bulan takkan terbit tanpa malam
Siang takkan cerah tanpa mentari
Rindu takkan lahir tanpa rasa cinta
Cinta takkan lahir tanpa rasa sayang

Ombak takkan bergelora tanpa badai
Pohon takkan bergoyang tanpa bayu
Airmata takkan mengalir
Tanpa resah hiba didada
Jiwa takkan pilu sayu
Tanpa derita yang melanda

Kasih dan sayang insan
Ibarat malam dan siang
Rindu dan cinta insan
Ibarat ombak dan badai

Silih berganti senyum dan tangis
Takdir menentukan bersabarlah
Ohooo tuhan
posted by leen at 6:38 PM | Permalink | 0 comments
10 Nasihat Untuk Muslimah
Sunday, March 05, 2006
1. Malu tidak menghalang ilmu jika ia berlandaskan agamamu. Malu juga takkan menghalang kamu dari bercakap benar.

2. Lihatlah dunia dengan pandangan i'tibar, elakkan dirimu dari memandangnya dengan pandangan kasih dan jauhkan dirimu dari berlumba-lumba mengejarnya.

3. Adakah kamu bersedih kerana kehilangan harta sedangkan kamu tidak bersedih kerana kehilangan umurmu bersama sedikitnya amalmu?

4. Seagung-agung wanita ialah mereka yang sanggup mengorbankan dunianya kerana akhiratnya.

5. Jika kamu tidak redha dengan ketentuan Tuhanmu, bagaiman pula kamu mengharap redha dari-Nya.....?

6. Apabila kamu hendakkan kekhusyu'kan hati, elakkan dirimu dari berlebih-lebihan dengan pandangan matamu.

7. Berhati-hatilah kamu denan riya' kerana ia adalah seburuk-buruk perosak bagi hatimu yang solehah.

8. Tanamkan semangat jihad dalam diri anakmu, elakkan rumahmu menjadi reban ayam yang hanya menggemukkan penghuninya untuk di sembelih musuh Allah! Jadikanlah ia umpama kandang singa yang bakal melahirkan penegak Kalimatullah.

9. Hayatilah kalam isteri pejuang yang di penjara, apabila di tanya bagaimana sara hidup mereka selepas ini katanya ," Aku mengenali suamiku sebagai pembawa rezeki kepadaku tapi dia bukanlah pengurnia rezeki buatku".

10. Jika benar jiwamu takut kepada Allah, pasti hatimu tidak akan takut kepada kematian dan kefakiran.
posted by leen at 1:01 AM | Permalink | 0 comments
Di mana letaknya kekuatan?
Wednesday, March 01, 2006
Ada kekuatan di dalam cinta, dan orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana dia mampu mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri.

Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan, dan orang tertawa gembira adalah orang yang kuat kerana ia tidak pernah gentar dengan ujian dan dugaan.

Ada kekuatan di dalam kedamaian diri, dan orang yang dirinya penuh kedamaian adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah tergugat dan tidak mudah diumbang-ambingkan.

Ada kekuatan di dalam kesabaran, dan orang yang sabar adalah orang yang kuat kerana dia sanggup menanggung segala sesuatu dan ia tidak pernah merasa disakiti.

Ada kekuatan di dalam kemurahan, dan orang yang murah hati adalah orang yang kuat kerana dia tidak pernah menahan mulut dan tangannya untuk melakukan kebaikan sesama insan. Ada kekuatan di dalam kebaikan, dan orang yang baik adalah orang yang kuat kerana dia mampu melakukan yang kebaikan kepada semua orang.

Ada kekuatan di dalam kesetiaan, dan orang yang setia adalah orang yang kuat kerana dia mampu mengalahkan nafsu dan keinginan peribadi demi kesetiaannya kepada Allah dan orang lain.

Ada kekuatan di dalam kelemah lembutan, dan orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat kerana dia mampu menahan diri untuk tidak membalas dendam.

Ada kekuatan di dalam penguasaan diri, dan orang yang mampu menguasai diri adalah orang yang kuat kerana mampu mengendalikan segala nafsu keduniawian.


Disitulah terletaknya kekuatan sejati. Dan sedarlah bahawa kita juga memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala masalah kita. Dimanapun juga, seberat dan serumit apapun juga.
posted by leen at 12:18 AM | Permalink | 0 comments